RPH


Tarikh / Hari  :  24 April 2012/ Selasa
Kelas : 5 Abu Bakar
Masa 9:.15 – 9.45 pagi
Bilangan  murid : 30 0rang.
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tajuk : Pencemaran sungai:
Objektif : Pada akhir pelajaran ini , murid akan dapat:-
              i.  Membaca petikan dengan lancar,sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
             ii.   Menyenaraikan lima isi penting daripada petikan yang dibaca.
            iii.   Menulis jawapan  soalan pemahaman.
                .
 Pengetahuan sedia ada : Murid pernah  melihat  pencemaran di sungai atau laut                 
Bahan bantu mengajar : Gambar-gambar pencemaran di sungai, lembaran kerja
Nilai : Mencintai alam sekitar
Kemahiran : Membaca

Langkah
 / masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran  dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti Murid
Set induksi
5 minit


1.Gambar tentang
   keadaan        beberapa batang
  Sungai

1. Guru menunjukkan
    gambar beberapa
    batang sungai.
1. Murid diminta
   membaca secara
   senyap.
KBKK:
Membuat perkaitan

                                                    

Langkah
 / masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran  dan Pembelajaran
Catatan
Aktiviti guru
Aktiviti Murid


2.Contoh soalan:
a. Apakah yang kamu lihat dalam gambar tadi?
b. Mengapakah keadaan sungai dan kawasan sekitarnya kotor?
c. Mengapakah keadaan sungai amat kotor.
Guru mengaitkan jawapan pelajar dengan pengajaran hari ini.
2.Murid  menjawab secara sumbang-saran.
Kecerdasan imaginasi dan berbahasa.
Langkah
  1
8 minit
Bacaan petikan teks pencemaran sungai.
1.Guru mengedarkan petikan teks tentang pencemaran sungai.
2. Guru meminta beberapa orang murid membaca petikan dengan jelas,sebutan yang betul dan intonasi bacaan yang betul dan intonasi yang sesuai.


1. Murid membaca
  teks.
 
 
 
 

Bacaan secara mekanis.







                                                               
Langkah
     2
5 minit
Perbincangan 
1.Perbincangan  isi-isi penting petikan

Murid berbincang isi-isi penting secara sumbang saran
Kecerdasan intrapersonal.
Kemahiran berbahasa.

Langkah
    3
7minit

   1. Guru mengarahkan murid menjawab soalan kefahaman.
2. Guru memantau sesi menjawab soalan pemahaman secara bertulis         
1. Murid menjawab soalan pemahaman secara bertulis


Langkah
     4
6 minit
Tatabahasa:
Pembinaan ayat tunggal
Kosa Kata:
Pencemaran,habitat,
Bahan buangan.
1. Guru menerangkan
Secara ringkas struktur ayat tunggal dan majmuk berdasarkan contoh.
.
1.Murid membina ayat tunggal berdasarkan kosa kata tersebut.

Kamus
Kemahiran interpersonal.

Penutup
5 minit
Rumusan isi pelajaran dan nilai.

1.Guru merumus isi pelajaran hari ini.

Murid mebina 5 ayat majmuk sebagai aktiviti pengukuhan.

Nilai:
Menghargai alam sekitar.



                                                                    
Refleksi :

Aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran saya   pada  hari  ini agak terlewat sedikit. Ini disebabkan  murid-murid  baru  selesai  mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Mereka  terpaksa  menyalin  pakaian  uniform  sekolah  semula. Namun  demikian  kelewatan  tersebut tidak terlalu lama.Hanya  dua  hingga lima  minit sahaja. Kelewatan  ini tidak menjejaskan aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  kelas  ini.

Pada  hari  ini suasana sekolah amat bising. Ini kerana  sekolah saya iaitu Sekolah Kebangsaan  Putat  terletak di  kawasan  sawah padi. Oleh itu sekolah ini dikelilingi  oleh sawah padi.Seperti mana  tempat-tempat  lain  sekarang  musim  membajak sawah padi. Penggunaan jentera pembajak  menyebabkan  suasana  di  persekitaran  sekolah  agak bising. Ini ditambah pula  dengan  bunyi  mesin memotong  rumput  oleh pekerja am (swasta) di dalam kawasan sekolah. Keadaan  ini agak mengganggu  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  kelas.Ini  juga akan menjejaskan  tumpuan  murid  kepada  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  dalam  kelas.

Sebagai  langkah  alternatif  saya  telah  membawa  murid-murid  ke  kelas makmal komputer.Segala yang  hendak  diajar  pada  hari  ini sudah dirancangkan. Saya  penuh  yakin pengajaran  hari  ini dapat  berlangsung  dengan  baik. Saya mengaplikasikan  Model  pengajaran secara  langsung. Sebelum  memulakan pengajaran  saya  memastikan  semua  murid  dalam  keadaan  sihat  dan  menyuruh  mereka   mengutip  sampah  terlebih  dahulu  supaya  keadaan  dalam  kelas  bersih  dan  lebih  kondusif  untuk  belajar  serta  menyerap  nilai-nilai  murni  iaitu  mengutamakan  kebersihan  kepada  murid-murid .

Dunia  kini  mengalami  satu  perkembangan  teknologi  yang  amat  pesat.Perkembangan tersebut  turut mengheret  bidang  pendidikan  menggunakan   multimedia. Walaupun tidak begitu  mahir  dalam  bidang ICT saya  telah  mencuba  setakat  kemampuan  yang  ada
dengan  bantuan  rakan-rakan  sejawat. Saya  menyedari  bahawa  penggunaan  multimedia  dalam  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  akan  memberi  pengalaman  belajar yang menyeronokkan  dan  menarik  minat  murid . Unsur-unsur  motivasi  sangat  penting  dalam rekabentuk  bahan  pengajaran. Ini supaya  pelajar-pelajar  akan  memperolehi  keyakinan,
kaitan  dan seterusnya  kepuasan dalam  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  dan  dapat  mengekalkan  tumpuan  dan  ingatan  dalam  tempoh  masa  yang  panjang.

Bagi  saya aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran akan  lebih  berkesan  jika  bahan  bantu  mengajar  yang disediakan sangat  menarik. Langkah awal saya ialah dengan  menyediakan  lembaran  kerja yang  bersesuaian  dengan  tajuk atau  topik  yang diajar setiap  hari. Alhamdulillah  bahan  bantu  mengajar  yang  saya  sediakan  dapat  menarik  perhatian  murid  dan  memudahkan aktiviti  pengajaran  dan pembelajaran.

Semasa  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  berlangsung   saya  amat  gembira  kerana  semua  murid  memberi  tumpuan  kepada  pelajaran  dan  memberi  respon yang  baik  dalam   sesi  perbincangan  secara  sumbang-saran. Saya  terpanggil  untuk  menimbulkan  suasana  pembelajaran  yang  seimbang  di  mana  setiap  murid  harus  bercakap  dan  memberi  pendapat . Oleh  itu  saya   berusaha  untuk bertanya  kepada  setiap  murid.

Sepanjang  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  ini  berlangsung  saya  dapati  terdapat  sebilangan  kecil  murid  agak  fasif  dalam  kelas. Saya  cuba  mengubah  keadaan  itu  dengan   menyebut  nama  mereka  supaya  memberi  respon  dalam  perbincangan  secara  kelas. Usaha  saya  walaupun  tidak  seratus peratus  berjaya  namun  saya  tetap  berpuashati  kerana  berjaya  mengurangkan  bilangan  murid-murid  yang  agak fasif  dalam  kelas. Daripada  pemerhatian  saya  murid-murid  tersebut  sememangnya  bersifat  pendiam  walaupun  di  luar  kelas  atau  waktu  luar  pembelajaran. Saya  bertekad  akan  mengubah  tabiat  tersebut  sedikit  demi  sedikit  masa  akan  datang  agar  mereka  lebih  berkeyakinan  pada  diri  sendiri.

Daripada  sesi  pengajaran  yang  lalu  saya  dapati  murid- murid  ini sebahagian  daripadanya    aktif , agak  nakal  dan  dan  bising.  Saya  telah  mengambil  langkah  pro-aktif  dengan  membuat  rombakan dari  segi  kedudukan  murid  di  dalam  kelas. Dalam sesi  pengajaran  dan  pembelajaran  hari  ini  saya mendapati  tindakan  yang saya  telah menghasilkan  kesan  negatif.